Monday, 16 February 2015

Mudahnya Masak - BERGEDIL IKAN


BAHAN-BAHAN

5 Biji kentang sederhana besar (dikupas)
200 gm isi ikan dory (dipotong dadu)
5 sudu besar bawang goreng
2 biji telur (dipukul)
Garam secukup rasa
Hirisan daun ketumbar
Minyak masak

PENYEDIAAN

1. Rebus kentang hingga empuk. Lenyek kentang ketika panas di dalam magkuk.
2. Kemudian gaul ikan dory bersama kentang lenyek.
3. Masukan garam dan bawang goreng ke dalam adunan. Bawang goreng boleh ditambah
    mengikut kesukaan anda.
4. Masukan hirisan daun ketumbar untuk memberi warna,rasa dan tekstur kepada bergedil.
5. Setelah sebati, bentuk begerdil mengikut saiz yang dikehendaki.
6. Adunan kemudian dicelup ke dalam telur dan digoreng dengan menggunakan kaedah
    "deep frying"
7. Untuk mendapatakan rasa yang sempurna, bergedil sedap dimakan bersama sos
    plum.


- Selamat Mencuba-



Sunday, 1 February 2015

Mudahnya Masak - MANGO CREPE & STRAWBERRY CREPE



MANGO CREPE

BAHAN-BAHAN :

200 ml krim putar (whipping cream)
Jem Mangga
Mangga Segar (dihiris halus)

PENYEDIAAN :

1. Pukul krim putar sehingga kembang

2. Ratakan jem mangga di atas kepingan crepe. Kemudian letakan krim. Taburkan hirisan mangga mengikut kuantiti yang dikehendaki.

3. Lipat Crepe mengikut kreativiti anda.

STRAWBERRY CREPE

BAHAN-BAHAN :

200 ml krim putar (whipping cream)
Jem Strawberi
Strawberi segar dihiris halus (mengikut kreativiti anda)

PENYEDIAAN :

1. Mula-mula pukul krim putar sehingga kembang.

2. Kemudian sapukan jem strawberi di atas kepingan crepe. Letakan krim. Taburkan hirisan strawberi.

3. Lipat crepe dengan berhati-hati supaya tidak pecah.

Tip : Sekeping plastik hendaklah diletakan di atas setiap kepingan crepe yang siap dimasak supaya tidak melekat antara satu sama lain.



- Selamat Mencuba :-D -


Tuesday, 27 January 2015

Mudahnya Masak - CUCUR CAKAR KELADI



BAHAN-BAHAN :
200 gm tepung gandum
1 sudu besar serbuk kari ayam
1/2 sudu besar soda bikarbonat
200gm keladi (dipotong jejari)
1 sudu teh garam
50ml air (tambah sedikit jika adunan terlalu pekat)
1 biji telur (dipukul terlebih dahulu)

PENYEDIAAN :

1. Potong keladi mengikut saiz yang dikehendaki, biasanya dipotong tidak terlalu tebal supaya ianya senang dimasaka.

2. Campurkan tepung gandum bersama serbuk kari, soda bikarbonat dan garam. Masukan air sedikit, masukan telur.

3. Sementara itu, panaskan minyak untuk menggoreng.

4. Setelah minyak panas secukupnya, goreng cucur cakar keladi sehingga keperang-perangan ataupun rangup. Untuk mendapatakan tekstur yang cantik, gunakan tangan ketika mengaup adunan ke dalam minyak.

INFO : Untuk mendapatkan rasa yang lebih rangup, bolehlah ditambahkan dengan satu sudu teh tepung jagung.


- Selamat Mencuba -

Sunday, 25 January 2015

Mudahnya Masak- CHESE OMELETTE




BAHAN-BAHAN :
2 Biji Telur
150ml susu rendah lemak
2 sudu besar lada benggala (Capsicum)
1 sudu teh mentega
150 gm keju chedar
Garam dan lada sulah secukup rasa

PENYEDIAAN :

1. Pecahkan 2biji telur ke dalam magkuk dan pukul sehingga kembang. Tuang susu rendah lemak dan mentega. Kacau sehingga sebati.

2. Masukan garam dan lada sulah.

3, Campurkan lada bengala. (Lada benggala boleh juga digoreng terlebih dahulu sebelum dimasukan ke dalam telur).

4. Tuang telur ke dalam kuali dan kacau sehingga semuanya masak sekata.

5. Selepas itu, taburkan keju yang diparut dan lipatkan omelette kepada dua.

6. Sedap dihidangkan bersama side dish.

Info : Pastikan anda menggunakan kuali tidak melekat atau "Teflon" bagi memudahkan omelette dikeluarkan dari kuali. Selain itu, keju yang digunakan boleh digantikan dengan keju mozarella.


-Selamat Mencuba-



Wednesday, 21 January 2015

Di sebalik tabir pembikinan buku terbaru oleh Chef Nan Rahaman


Di sebalik tabir pembikinan buku terbaru oleh Chef Nan Rahaman 
Mudahnya Masak... Hidangan Tengah Hari merupakan kesinambungan daripada buku resepi yang pertama iaitu 'Mudahnya Masak... Sarapan'. Buku ini juga menyediakan resepi yang mudah, ringkas tetapi sungguh menyelerakan. Setiap resepi menggunakan bahan-bahan, langkah-langkah atau cara-cara yang mudah untuk difahami dan diikuti.

Mudahnya Masak - SWEET SOUR FILLET FISH



Jommm.. tonton Chef Nan Rahaman dalam Mudahnya Masak.. Sweet Sour Fillet Fish 

Selamat mencuba... :-D

Tuesday, 20 January 2015

Mudahnya Masak Hidangan Tengah Hari bersama Chef Nan Rahaman



Mudahnya Masak... Hidangan Tengah Hari merupakan kesinambungan daripada buku resepi yang pertama iaitu 'Mudahnya Masak... Sarapan'. Buku ini juga menyediakan resepi yang mudah, ringkas tetapi sungguh menyelerakan. Setiap resepi menggunakan bahan-bahan, langkah-langkah atau cara-cara yang mudah untuk difahami dan diikuti.