Sunday, 25 January 2015

Mudahnya Masak- CHESE OMELETTE




BAHAN-BAHAN :
2 Biji Telur
150ml susu rendah lemak
2 sudu besar lada benggala (Capsicum)
1 sudu teh mentega
150 gm keju chedar
Garam dan lada sulah secukup rasa

PENYEDIAAN :

1. Pecahkan 2biji telur ke dalam magkuk dan pukul sehingga kembang. Tuang susu rendah lemak dan mentega. Kacau sehingga sebati.

2. Masukan garam dan lada sulah.

3, Campurkan lada bengala. (Lada benggala boleh juga digoreng terlebih dahulu sebelum dimasukan ke dalam telur).

4. Tuang telur ke dalam kuali dan kacau sehingga semuanya masak sekata.

5. Selepas itu, taburkan keju yang diparut dan lipatkan omelette kepada dua.

6. Sedap dihidangkan bersama side dish.

Info : Pastikan anda menggunakan kuali tidak melekat atau "Teflon" bagi memudahkan omelette dikeluarkan dari kuali. Selain itu, keju yang digunakan boleh digantikan dengan keju mozarella.


-Selamat Mencuba-



No comments:

Post a Comment