Profil



Abd Manan A.Rahaman atau lebih dikenali sebagai Chef Nan Rahaman, beliau berkelulusan Sarjana Muda (Sains) Pengurusan Kulinari dan Diploma Seni Kulinari (2000-2003) daripada Fakulti Hotel dan Pelancongan Universiti Teknologi Mara (UITM). Selain itu Chef Nan Rahaman juga berkelulusan Diploma Practical Course In Chocolate Confectionery 2014 di The Academy of Sweet, Germany dan Creative Culinare, Singapore   Kini beliau bertugas sebagai Penolong Pegawai Penyelidik dan Chef (Seni Kulinari) dengan Lembaga Koko Malaysia sejak 2004, wajahnya tidak asing bagi pengikut program Inspirasi Koko (RTM2) sejak musim pertama pada 2006 hingga musim kelima (2010). Chef Nan Rahaman seorang yang kreatif dan serba boleh. Selain itu beliau kerap mengadakan demonstrasi memasak (makanan Timur & Barat serta Kek), membuat coklat dan hiasan menggunakan coklat, beliau juga mengambil tempahan gubahan hantara, menyolek pengantin, menjadi jurulatih tarian, perunding perkahwinan dan penasihat reka bentuk, susun atur dapur dan penyediaan menu serta susun atur pameran.

Chef Nan Rahaman berasal daripada Muar, Johor, beliau juga sering menyertai pelbagai kursus, pameran dan persidangan berkaitan kemahirannya serta menganggotai panel pengadil bagi beberapa pertandingan. Chef Nan Rahaman juga pernah menjadi juri jemputan serta mengadakan Master Class untuk menunjukan demo masakan kepada empat peserta terbaik Master Chef Malaysia All Stars 2013.  Pernah menjadi tetamu bagi slot Seni Kreatif dalam Program Selamat Pagi Malaysia di RTM1.



No comments:

Post a Comment